Sunday, December 28, 2008

LANGKAH-LANGKAH ASAS MENANAM SERAI SECARA KOMERSIAL

LANGKAH PERTAMA(Kenalpasti tapak)
  • Pastikan kenal pasti tapak/tanah untuk dijadikan ladang tanaman.
  • Bersih tapak tanaman dengan menggunakan peralatan atau jentera yang patut.
  • Pastikan punca air (menggali telaga/bouring) boleh didapati dikawasan tapak menanam.

LANGKAH KEDUA(Membajak)
  • Kawasan tapak ladang mestilah dibajak terlebih dahulu.
  • Membajak pertama (kasar).
  • Membajak kedua (halus).
  • Pastikan rumput serta baki sampah sarap dibersih sehingga habis.

LANGKAH KETIGA(Mengukur)
  • Membuat pagar disekeliling kawasan tapak menanam.
  • Membuat ukuran jarak antara lubang benih dengan menggunakan tali.

LANGKAH KEEMPAT(Menanam)
  • Menyediakan anak benih serai (cymbopogon citratus) baka klon peha ayam.
  • Menugal lubang untuk ditanam anak benih (4 x 3 kaki)
  • Pastikan masukkan baja terlebih dahulu sebelum menanam anak benih.
  • Satu ekar tanah akan menghasilkan 3600 lubang.
  • Satu rumpun anak benih akan ditanam sebanyak 6 batang.
  • Jumlah anak benih satu ekar sebanyak 21,600 batang.
  • Masa menanam ialah pada pukul 4.30 petang.

LANGKAH KELIMA(Menyiram)
  • Selepas sahaja menanam, anak benih mestilah di siram terlebih dahulu.
  • Siraman mestilah dalam tempoh 7 hari berturut-turut.
  • Waktu menyiram pagi ialah bermula 7.30 pagi - 11.00 pagi.
  • Waktu menyiram petang ialah bermula 4.30 petang - 6.30 petang

LANGKAH KEENAM(Membaja)
  • Tempoh membubuh baja kepada tanaman ialah selama 3 bulan berturut-turut.
  • Bulan pertama - bermula hari menanam setiap 25 haribulan.
  • Bulan kedua - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan pertama.
  • Bulan ketiga - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan kedua.
  • Penggunaan baja ialah membubuh baja di dalam tanah dan menyembur ke setiap rumpun anak benih yang ditanam.

LANGKAH KETUJUH(Penjagaan rumput)
  • Penjagaan tanaman daripada rumput akan mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan.
  • Kawasan tanaman mestilah bebas daripada rumput/rumpai.
  • Rumput hendaklah sentiasa dicabut dengan menggunakan tangan.
  • Tidak digalakkan menggunakan racun rumput.

LANGKAH KELAPAN(Menuai)
  • Tanaman akan cukup tempoh matang lebih kurang 5-6 bulan.
  • Satu ekar tanaman dianggarkan akan menghasilkan lebih kurang 15 - 20 tan serai.
  • Serai yang sudah dituai dibersihkan terbih dahulu dengan membuang daun terlebih dahulu.
  • Serai yang sudah dibersih akan diikat 30 batang satu ikat.

semoga penyediaan garis panduan langkah menanam serai ini dapat dikongsikan bersama. Segala kekurangan mohon ditegur melalui e-mail kami ( eratranserai@gmail.com )

Wednesday, December 24, 2008

LADANG RAKYAT JV ERATRANS RESOURCES MAJUKAN PROJEK TANAMAN SERAI WANGI

KOTA BHARU - Majlis Menandatangani Perjanjian Uahasama Penanaman Serai di antara Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd dengan Eratrans Resources Sdn Bhd telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pejabat Pembangunan Ladang Rakyat disini.

Menandatangani bagi pihak Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd, Mohd Apandi Mohamad, Pengerusi Syarikat dan Mohd Alui Ab Aziz, Pengarah Eksekutif Syarikat, bagi pihak Eratrans Resources Sdn Bhd pula ditandatangani Pengarah Urusan Syarikat, Azman Maarof dan Bador Samad bin Deli selaku Pengarah Syarikat.

Melalui perjanjian ini, Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam perniagaan bercorakkan penanaman herba iaitu Projek Penanaman Serai Wangi Baka Klon Peha Ayam(Cymbopogon Citratus) dengan pengusaha produk berasaskan serai dimana hasil penanaman serai akan dibeli 100% oleh Eratrans Resources Sdn Bhd.
Menurut Mohd Apandi, selaku Pengerusi Syarikat Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd, "serai wangi sesuai ditanam dikawasan tanah bukit, tanah sawah, tanah bergambut dan tanah berpasir serta hasil tuaian boleh menghasilkan 25 hingga 35 tan serai mentah untuk seekar tanah".
Jelasnya lagi, buat permulaan, seluas 450 ekar tanah iaitu 10 ekar bagi setiap DUN diperuntukkan untuk projek ini dan keluasan tersebut akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan setiap orang peserta akan mengusahakan satu ekar tanah.

"Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah menetapkan agar Program Pasca Graduasi Peserta diadakan kepada semua peserta Ladang Rakyat di mana peserta yang layak serta melepasi tahap penilaian tertentu akan digraduasi dan dikeluarkan dari kelompok penerima dividen sebanyak RM200 sebulan dan dimasukkan ke dalam kelompok peserta usahawan yang layak menerima elaun sebanyak RM800 sebulan.
Matlamat penubuhan Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd ialah untuk menceburi secara aktif dalam bidang penanaman jenis-jenis tumbuhan herba seperti serai, halia dan sebagainya termasuk bidang perubatan dan kosmetik", tambah beliau.

Katanya juga, kemelesetan ekonomi dunia yang melanda sekarang tidak banyak memberi kesan kepada bidang pertanian.

Azman Maarof yang berucap mewakili syarikat Eratrans Resources Sdn Bhd menegaskan, projek ini akan bermula awal Januari 2009 dan beberapa lokasi telahpun dikenalpasti seperti di Mukim Seneng Bachok, Kubang Kerian, Dabong, Semerak, Bukit Panau dan Tanjong Mas.

"Modal seperti anak benih, baja, racun dan sedikit in-put pertanian yang bernilai RM4.3 juta akan disediakan oleh pihak syrikat Eratrans, jelasnya.

Saturday, December 20, 2008

KELANTAN SET TO BECOME TOP LEMON GRASS PRODUCER

KOTA BAHARU, Nov 13 (Bernama) -- Kelantan may become the country's top lemon grass producer when a joint-venture project, Ladang Rakyat Herbs Sdn Berhad, a subsidiary of Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, and Eratrans Resources Sdn Bhd, starts producing yield in June next year.

Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Kelantan executive chairman Apandi Mohamad said Eratrans Resources will supply the agriculture inputs such as farm tools, fertilizer and weedkillers while the corporation will provide the land and workers comprising local youths.

"Every participant will be given RM200 monthly allowance and the amount will be raised to RM800 when the lemon grass matures in June next year," he said after an agreement-signing ceremony witnessed by Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan chief executive officer Dr Nazmi Ghazali Azmi.

Apandi said they expect to harvest RM16,000 worth of lemon grass for every 0.4 hectares and will be sold to herbal entrepreneurs in the country.

The RM4.3 million project, covering 180 hectares, encompasses 45 state constituencies in Kelantan. Ten farmers will be involved in every constituency.

Eratrans Resources managing director Azman Maarof said the market for lemon grass was wide open and "we expect to market the first yield in June next year."

"There is good market for lemon grass and many herbal entrepreneurs have asked for supply from us," he said.

Azman said every farmer will be taught the right way to plant lemon grass and to take care of the crop until harvest.

"The farmers will be given incentive allowance while waiting for six months to harvest the yield. The money is to spur them to work hard to increase the yield," he added.

KENALI CYMBOPOGON CITRATUS

SERAI CV( Cymbopogon Citratus)-BAKA KLON TISU PEHA AYAM
Dihasilkan dengan kaedah Bio-Teknologi dimakmal serta menghasilkan beberapa hybrid. Hybrid yang paling popular dikalangan pengusaha ladang di Malaysia ialah NMK79.

Nama yang dipilih untuk dijadikan baka ini, memang sangat sesuai kerana saiz batangnya apabila matang mencecah lebih kurang 1 inc hingga 2 inc.

Warnanya agak keperangan apabila cukup matang yang dianggarkan antara 5 - 6 bulan.

Ia boleh menghasilkan esen serai dalam kualiti yang baik serta kuantiti yang tinggi sekiranya kaedah penanaman dan penjagaan mengikut susunan yang teratur.

Thursday, December 18, 2008

PENGENALAN TANAMAN SERAI WANGI

Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika.
Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi menghasilkan minyak pati.
Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan.
Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur lebih kurang 6 bulan.

TAKLIMAT PROJEK TANAMAN SERAI WANGI

Disebelah kanan:
Tuan Hj Norzaidi
(Pengarah Eksekutif Ladang Rakyat Herb Sdn Bhd)

Ditengah:
En Azman Maarof
(Pengarah Eksekutif ERATRANS RESOURCES SDN BHD)

Disebelah kiri:
En Azman Ibrahim (Penceramah Motivasi)





Tarikh: 15 Dis 2008 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pejabat PAS Kawasan Kota Bharu
Peserta: Tumpat & Kota Bharu

Masa: 2.30 petang
Tempat: Bangunan PURNAMA Peng Chepa
Peserta: Peng Chepa & Kubang Kerian

Tarikh: 16 Dis 2008 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pusat Tarbiyyah Rantau Panjang
Peserta: Rantau Panjang & Pasir Mas

Masa: 2.30 petang
Tempat: Pusat Tarbiyyah Gual Ipoh
Peserta: Tanah Merah & Jeli

17 Dis 2008 (Rabu)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Pejabat PAS Ketereh
Peserta: Ketereh & Machang

Masa: 2.30 petang
Tempat: Makmal Quran & Hadis Limbongan
Peserta: Pasir Puteh & Bachok

18 Dis 2008 (Khamis)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Pejabat PAS Kawasan Gua Musang
Peserta: Gua Musang & Kuala Krai