- Pastikan kenal pasti tapak/tanah untuk dijadikan ladang tanaman.
- Bersih tapak tanaman dengan menggunakan peralatan atau jentera yang patut.
- Pastikan punca air (menggali telaga/bouring) boleh didapati dikawasan tapak menanam.
LANGKAH KEDUA(Membajak)
- Kawasan tapak ladang mestilah dibajak terlebih dahulu.
- Membajak pertama (kasar).
- Membajak kedua (halus).
- Pastikan rumput serta baki sampah sarap dibersih sehingga habis.
LANGKAH KETIGA(Mengukur)
- Membuat pagar disekeliling kawasan tapak menanam.
- Membuat ukuran jarak antara lubang benih dengan menggunakan tali.
LANGKAH KEEMPAT(Menanam)
- Menyediakan anak benih serai (cymbopogon citratus) baka klon peha ayam.
- Menugal lubang untuk ditanam anak benih (4 x 3 kaki)
- Pastikan masukkan baja terlebih dahulu sebelum menanam anak benih.
- Satu ekar tanah akan menghasilkan 3600 lubang.
- Satu rumpun anak benih akan ditanam sebanyak 6 batang.
- Jumlah anak benih satu ekar sebanyak 21,600 batang.
- Masa menanam ialah pada pukul 4.30 petang.
LANGKAH KELIMA(Menyiram)
- Selepas sahaja menanam, anak benih mestilah di siram terlebih dahulu.
- Siraman mestilah dalam tempoh 7 hari berturut-turut.
- Waktu menyiram pagi ialah bermula 7.30 pagi - 11.00 pagi.
- Waktu menyiram petang ialah bermula 4.30 petang - 6.30 petang
LANGKAH KEENAM(Membaja)
- Tempoh membubuh baja kepada tanaman ialah selama 3 bulan berturut-turut.
- Bulan pertama - bermula hari menanam setiap 25 haribulan.
- Bulan kedua - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan pertama.
- Bulan ketiga - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan kedua.
- Penggunaan baja ialah membubuh baja di dalam tanah dan menyembur ke setiap rumpun anak benih yang ditanam.
LANGKAH KETUJUH(Penjagaan rumput)
- Penjagaan tanaman daripada rumput akan mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan.
- Kawasan tanaman mestilah bebas daripada rumput/rumpai.
- Rumput hendaklah sentiasa dicabut dengan menggunakan tangan.
- Tidak digalakkan menggunakan racun rumput.
LANGKAH KELAPAN(Menuai)
- Tanaman akan cukup tempoh matang lebih kurang 5-6 bulan.
- Satu ekar tanaman dianggarkan akan menghasilkan lebih kurang 15 - 20 tan serai.
- Serai yang sudah dituai dibersihkan terbih dahulu dengan membuang daun terlebih dahulu.
- Serai yang sudah dibersih akan diikat 30 batang satu ikat.
semoga penyediaan garis panduan langkah menanam serai ini dapat dikongsikan bersama. Segala kekurangan mohon ditegur melalui e-mail kami ( eratranserai@gmail.com )