Wednesday, December 24, 2008

LADANG RAKYAT JV ERATRANS RESOURCES MAJUKAN PROJEK TANAMAN SERAI WANGI

KOTA BHARU - Majlis Menandatangani Perjanjian Uahasama Penanaman Serai di antara Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd dengan Eratrans Resources Sdn Bhd telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pejabat Pembangunan Ladang Rakyat disini.

Menandatangani bagi pihak Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd, Mohd Apandi Mohamad, Pengerusi Syarikat dan Mohd Alui Ab Aziz, Pengarah Eksekutif Syarikat, bagi pihak Eratrans Resources Sdn Bhd pula ditandatangani Pengarah Urusan Syarikat, Azman Maarof dan Bador Samad bin Deli selaku Pengarah Syarikat.

Melalui perjanjian ini, Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd bertanggungjawab untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti ekonomi dalam perniagaan bercorakkan penanaman herba iaitu Projek Penanaman Serai Wangi Baka Klon Peha Ayam(Cymbopogon Citratus) dengan pengusaha produk berasaskan serai dimana hasil penanaman serai akan dibeli 100% oleh Eratrans Resources Sdn Bhd.
Menurut Mohd Apandi, selaku Pengerusi Syarikat Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd, "serai wangi sesuai ditanam dikawasan tanah bukit, tanah sawah, tanah bergambut dan tanah berpasir serta hasil tuaian boleh menghasilkan 25 hingga 35 tan serai mentah untuk seekar tanah".
Jelasnya lagi, buat permulaan, seluas 450 ekar tanah iaitu 10 ekar bagi setiap DUN diperuntukkan untuk projek ini dan keluasan tersebut akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan dan setiap orang peserta akan mengusahakan satu ekar tanah.

"Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan telah menetapkan agar Program Pasca Graduasi Peserta diadakan kepada semua peserta Ladang Rakyat di mana peserta yang layak serta melepasi tahap penilaian tertentu akan digraduasi dan dikeluarkan dari kelompok penerima dividen sebanyak RM200 sebulan dan dimasukkan ke dalam kelompok peserta usahawan yang layak menerima elaun sebanyak RM800 sebulan.
Matlamat penubuhan Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd ialah untuk menceburi secara aktif dalam bidang penanaman jenis-jenis tumbuhan herba seperti serai, halia dan sebagainya termasuk bidang perubatan dan kosmetik", tambah beliau.

Katanya juga, kemelesetan ekonomi dunia yang melanda sekarang tidak banyak memberi kesan kepada bidang pertanian.

Azman Maarof yang berucap mewakili syarikat Eratrans Resources Sdn Bhd menegaskan, projek ini akan bermula awal Januari 2009 dan beberapa lokasi telahpun dikenalpasti seperti di Mukim Seneng Bachok, Kubang Kerian, Dabong, Semerak, Bukit Panau dan Tanjong Mas.

"Modal seperti anak benih, baja, racun dan sedikit in-put pertanian yang bernilai RM4.3 juta akan disediakan oleh pihak syrikat Eratrans, jelasnya.

No comments:

Post a Comment