Sunday, December 28, 2008

LANGKAH-LANGKAH ASAS MENANAM SERAI SECARA KOMERSIAL

LANGKAH PERTAMA(Kenalpasti tapak)
  • Pastikan kenal pasti tapak/tanah untuk dijadikan ladang tanaman.
  • Bersih tapak tanaman dengan menggunakan peralatan atau jentera yang patut.
  • Pastikan punca air (menggali telaga/bouring) boleh didapati dikawasan tapak menanam.

LANGKAH KEDUA(Membajak)
  • Kawasan tapak ladang mestilah dibajak terlebih dahulu.
  • Membajak pertama (kasar).
  • Membajak kedua (halus).
  • Pastikan rumput serta baki sampah sarap dibersih sehingga habis.

LANGKAH KETIGA(Mengukur)
  • Membuat pagar disekeliling kawasan tapak menanam.
  • Membuat ukuran jarak antara lubang benih dengan menggunakan tali.

LANGKAH KEEMPAT(Menanam)
  • Menyediakan anak benih serai (cymbopogon citratus) baka klon peha ayam.
  • Menugal lubang untuk ditanam anak benih (4 x 3 kaki)
  • Pastikan masukkan baja terlebih dahulu sebelum menanam anak benih.
  • Satu ekar tanah akan menghasilkan 3600 lubang.
  • Satu rumpun anak benih akan ditanam sebanyak 6 batang.
  • Jumlah anak benih satu ekar sebanyak 21,600 batang.
  • Masa menanam ialah pada pukul 4.30 petang.

LANGKAH KELIMA(Menyiram)
  • Selepas sahaja menanam, anak benih mestilah di siram terlebih dahulu.
  • Siraman mestilah dalam tempoh 7 hari berturut-turut.
  • Waktu menyiram pagi ialah bermula 7.30 pagi - 11.00 pagi.
  • Waktu menyiram petang ialah bermula 4.30 petang - 6.30 petang

LANGKAH KEENAM(Membaja)
  • Tempoh membubuh baja kepada tanaman ialah selama 3 bulan berturut-turut.
  • Bulan pertama - bermula hari menanam setiap 25 haribulan.
  • Bulan kedua - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan pertama.
  • Bulan ketiga - kiraan 25 hari selepas membaja pada bulan kedua.
  • Penggunaan baja ialah membubuh baja di dalam tanah dan menyembur ke setiap rumpun anak benih yang ditanam.

LANGKAH KETUJUH(Penjagaan rumput)
  • Penjagaan tanaman daripada rumput akan mengambil masa lebih kurang 2-3 bulan.
  • Kawasan tanaman mestilah bebas daripada rumput/rumpai.
  • Rumput hendaklah sentiasa dicabut dengan menggunakan tangan.
  • Tidak digalakkan menggunakan racun rumput.

LANGKAH KELAPAN(Menuai)
  • Tanaman akan cukup tempoh matang lebih kurang 5-6 bulan.
  • Satu ekar tanaman dianggarkan akan menghasilkan lebih kurang 15 - 20 tan serai.
  • Serai yang sudah dituai dibersihkan terbih dahulu dengan membuang daun terlebih dahulu.
  • Serai yang sudah dibersih akan diikat 30 batang satu ikat.

semoga penyediaan garis panduan langkah menanam serai ini dapat dikongsikan bersama. Segala kekurangan mohon ditegur melalui e-mail kami ( eratranserai@gmail.com )

2 comments:

  1. Salam berapakah pemdapatan kasar yg boleh di dapati? T. kasih

    ReplyDelete
  2. Semoga bertambah rezeki tuan atas perkongsian

    ReplyDelete